Ahad, 9 Januari 2011

SMK Sultan Sulaiman melahirkan Bintang!!!!


KEJAYAAN skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal menjuarai Piala AFF Suzuki baru-baru ini membawa fenomena baru dalam arena bola sepak negara. Selepas sekian lama negara ketandusan bintang, kini warna-warni bola sepak kembali menyinar. Dalam membentuk sesebuah pasukan bola sepak yang pemainnya hebat dan berkualiti, peranan sekolah sebagai pusat kecemerlangan sukan itu tidak seharusnya dipandang sepi. Ini kerana segala-galanya bermula di padang sekolah. Pemain digilap dan diasuh untuk menjadi hebat sehingga layak mewakili negeri dan negara.


Sebuah sekolah di negara kita yang melahirkan ramai bintang bola sepak ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Antara pemain negara yang pernah mendapat didikan dan bimbingan di sekolah itu ialah bintang Piala AFF, Mohd Sharbinee Allawee Ramli (penjaga gol), Mohd Muslim Ahmad (bek tengah), Izzaq Faris Ramlan (penyerang) dan Mohd Faizal Muhammad (pertahanan).

Itu belum termasuk nama besar lain seperti bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Syamsuri Mustaffa dan bekas penyerang negara, Abdul Manaf Mamat.

Profil bekas pelajar SMK Sultan Sulaiman yg mewakili Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki baru-baru,,

NAMA: Mohd Muslim Ahmad
UMUR: 21 tahun
LAHIR: 25 April 1989 di Kuala Terengganu, Terengganu
TINGGI: 1.83 meter
POSISI: Pertahanan
KELAB: Harimau Muda A
PENCAPAIAN: Ketua pasukan Harimau Muda A, mewakili pasukan bawah 19, 21 dan 23 tahun sebelum diserap ke skuad senior. Pernah dua kali beraksi menentang kelab gergasi Inggeris, Manchester United, dalam dua perlawanan persahabatan pada 2009. Pada 30 Mac 2010, Muslim dan rakan sepasukannya, Gary Steven Robbat diberi peluang menjalani ujian pemilihan bersama kelab Slovakia, FC ViOn Zlaté Moravce ketika Harimau Muda A bermain dalam liga negara itu. Membantu negara mencipta sejarah layak ke pusingan kedua Sukan Asia baru-baru ini.

NAMA: Mohd Sharbinee Allawee Ramli
UMUR: 24 tahun
LAHIR: 12 Disember 1986 di Terengganu
TINGGI: 1.82 meter
POSISI: Penjaga gol
KELAB: Terengganu
PENCAPAIAN: Mewakili Terengganu sejak 2007 dan membantu Malaysia menjuarai pingat emas Sukan Sea Laos pada 2009

NAMA: Izzaq Faris Ramlan
UMUR: 20 tahun
LAHIR: 18 April 1990 di Kemaman, Terengganu
TINGGI: 1.86 meter
POSISI: Penyerang
KELAB: Harimau Muda A
PENCAPAIAN: Mewakili skuad bawah 16, 21 dan 23 tahun kebangsaan sebelum diserap ke skuad senior pada Piala AFF Suzuki. Pada 2009, pernah mewakili kelab T-Team FC. Turut berada dalam skuad Sukan Asia

NAMA: Mohd Faizal Muhammad
UMUR: 21 tahun
LAHIR: 3 Mac 1989 di Terengganu
TINGGI: 1.77 meter
POSISI: Pertahanan
KELAB: Harimau Muda A
PENCAPAIAN: Mewakili skuad bawah 21 dan 23 tahun sebelum diserap ke skuad senior pada Piala AFF Suzuki. Turut berada dalam skuad Sukan Asia.

tu ah antara pmain tranung hok wak naik name Malaysia,, arap2 rmai ag ank tranung hok akn mengharumkn name Malaysia di peringkat Antarabangsa.

Peteh ganu peteh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan